Wednesday, June 25, 2008

Sunday, June 22, 2008


Laut tenang...
Angin pula malas
Ombak jadi mati
Alam jadi sepi
Dewi......
Hati hamba jadi lara
Cantik mu tiada seri
Lawa mu tiada indah
Hati nan duka bertambah parah
Apa riang pada laut kalau tiada ombak
Apa indah pada ombak tanpa renda putih
Apa seri pada cantik kalau tiada senyum mu
Apa indah pada lawa kalau tiada tawa mu
Walau apa pun.....
Ku tetap setia

Tuesday, June 10, 2008

Kematian


Kematian mengintai dari balik dinding
Seringainya membuatmu merinding
Kematian mengintip dari balik jendela
Kedatangannya membuatmu lara
Kematian bersembunyi di balik pintu
Kepastiannya membuatmu rindu
Kematian tampak dari balik kaca
Tingkahnya membuatmu tertawa
Kematian datang tidak diduga
Pelukannya membuatmu memjam mata
Dan tangis kehilangan saudara dan keluarga....

Monday, June 9, 2008

Senjakala


aku ini senja
yang kadang berwarna jingga
namun pernah pula merah menyala

aku ini senja
tempat berlabuh nelayan-nelayan tua
dari hingarnya pekikan samudera

aku ini senja
jangan panggil aku yang lain
karna senja tak meninggalkan sisa.........

Cinta Pelangi...


...jika kau kejar cinta bayangan, ia kan lenyap ditelan cahaya terang, jika kau kejar cinta pelangi pasti kan hilang selepas hujan...

Biar berpada....


teman
Kata orang ...jika, kamu memancing ikan...setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu... janganlah, sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin... akan menderita selagi ia ... masih hidup.... begitulah juga, setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya... janganlah, sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin.. tidak dapat melupakan segalanya selagi dia ... mengingatimu....

kata orang tu lagi.. jika, kamu menadah air biarlah berpada... jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu... apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula... akhirnya ia dibuang... sedangkan jika, kamu cuba membaikinya ... mungkin ia masih boleh digunakan lagi.... begitu juga, jika kamu memiliki seseorang terima la seadanya... janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... anggaplah dia manusia biasa... apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... akhirya kamu tinggalkan dia... sedangkan jika, kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu... mungkin akan bertambah baik... mmmm.... kata orang lain pula ....jika kamu kejar cinta bayangan, akan lenyap ditelan cahaya terang, jika kamu kejar cinta pelangi…. akan hilang selepas hujan, ...cintailah orang yang kau cintai sekadarnya saja, siapa tahu pada satu hari kelak, ia akan berbalik menjadi orang yang benci. dan bencilah orang yang kau benci sekadarnya saja, siapa tahu pada satu hari kelak ia akan menjadi orang yang kau cintai ......

Kaca dan Zamrud


.. gantungkan cita-citamu setinggi langit. sekiranya ia jatuh, ia jatuh di puncak gunung bukannya di lembah jurang... jangan kerana guruh bergempita, air di tempayan kau keringkan, jangan kerana unggas di rimba, denak di sangkar kau lepaskan, jangan kerana pelangi yang indah, lampu di kamar kau matikan, jangan kerana kerlipan kaca, zamrud di tangan kau lemparkan, jangan kerana buih yang indah, bumi yang nyata kau tinggalkan.

Friday, June 6, 2008

Syukur



kepada tanah yang menopang langkah
kepada air yang mengisi raga

kepada udara yang memberi nafas
kepada cinta yang mendatangkan suka
kepada duka yang menguatkan jiwa

kepada bunda yang menumpahkan kasih
kepada ayah yang merangkum hikmah
kepada ilmu yang mensyahkan akal

kepada-Mu Ya Rabbi yang menitipkan ruhku dalam raga manusia
yang memberi segala anugrah nikmat
melebihi jumlah seluruh atom dalam tubuhku

dalam riaknya nafsu usia berlalu
wajahku terbenam sakral hari-Mu

segala puji bagi-Mu Ya Allah
terima kasih atas masihnya aku
menjadi manusia......

Cut The Crap And Make It Happen...

Apa ada pada cantik...


Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu.
Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang
membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman
untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.